Friday, October 7, 2011

Nota Kecil untuk Artgeng oleh Tsabri Ibrahim pada pada 21hb Disember 2010 pukul 2.32 pagi

Saya terbangun dari sebuah mimpi.

Berpuluh-puluh artis lelaki dan wanita, tua dan muda, berbaris di suatu padang yang luas. Tidak jelas pula waktunya samada pagi, tengahari, petang atau malam. Tapi semuanya berbaris.

Ada artis sepenuh masa dan setengah masa. Ada yang bergelar doktor, malah yang professor dan professor madya pun ada – yang ada ijazah sarjana, sarjana muda, diploma dan sijil lagilah ramai, dan tentunya juga yang belajar sendiri. Semuanya berbaris dengan mengepit atau menjinjing folio masing-masing. Ada yang ketawa. Senyum. Ada yang kelihatan tidak begitu pasti, dan ada yang nampak begitu yakin sekali.

Loceng berbunyi. Seseorang yang di hadapan sekali melangkah masuk ke dalam sebuah bilik kecil di hujung padang itu. Kelihatan ada keraguan di wajahnya.

Di pintu bilik kecil itu tertulis:
TEMUDUGA WAJIB UNTUK MENCARI ARTIS SERUM YANG TIDAK PALSU YANG AKAN MEMBANGUNKAN NEGARA DALAM BIDANG KESENIAN

Kemudian terdengar di corong pembesar suara soalan dari penemuduga yang tidak dapat dilihat oleh orang lain, kecuali artis yang memasuki bilik kecil di padang luas itu. Ya, soalan dari penemuduga dihebahkan ke seluruh padang luas itu.

‘Berapakah harga bingkai catan anda ini?’

‘Berapa luaskah dinding ruang tamu rumah anda?’

‘Adakah anda mandi terlebih dahulu sebelum anda mula melukis atau berkarya?’

>>>>
Anda, Tc Liew, Hasnul Saidon, Nor Wahida dan 3 yang lain menyukai ini.

Siti Zainon Ismail haaaaa, mimpi surrealis yang realis heeee hore , saya yang melukis tapi tidak diakui di kampus sastera haaaa....
pada 21hb Disember 2010 pukul 2.40 pagi · Suka

Sharifah Fatimah Syed Zubir hehheehhee...lucu mimpi Ku...adakah pulak tanya harga bingkai..tak tanya Selawat ke tidak ...
pada 21hb Disember 2010 pukul 2.42 pagi · Suka

Hasrizal Haron terpacul soalan...soalan2 apakah ini, siapa yang menyoal...adakah mereka golongan yang layak menyoal....apakah mereka punyai kredibiliti sebagai panel yang layak...mungkin panel ini adalah dari golongan yang PALSU sebenarnya...semakin menjadi persoalan...
pada 21hb Disember 2010 pukul 2.46 pagi · Suka

Ahamad Fauzi Hassan Maka bersorak riang lagi gempita sang pebaris lantaran terdengar soalan-soalan itu. Dalam gempita itu, terdengar lantang suara sang pebaris di hadapan sekali,"Ahh...soalan spt ini hanya layak utk aku!" Lalu bersahut-sahutan lah sang pebaris yg ramai menuntut mahu akan soalan-soalan itu juga. Riuh....cemas....
pada 21hb Disember 2010 pukul 4.33 pagi · Suka

Fadzil Idris ya...saya bangun dari sebuah mimpi....tetapi saya terus melayan mimpi ini, ia bertukar menjadi angan-angan......berkutbah dan berfalsafah macam org sasau.......kamus Artis la ni....
pada 21hb Disember 2010 pukul 5.36 pagi · Suka · Seorang

Rosliza Abdul Rahim yang asli dan tidak adalah atas kehendak...ada juga yang asli tapi selalu menyorok kat dapur je...
pada 21hb Disember 2010 pukul 7.39 pagi · Suka

Siti Zainon Ismail wah sasau? Sesuai juga utk istilah dadaisme heee
pada 21hb Disember 2010 pukul 8.22 pagi via mudah alih · Suka · Seorang

Norazlan Ahmad sangat mendalam maksudnya nota kecil ini....terima kasih... ia membuat saya berfikir sesuatu. sesuatu yang lebih dari hal kecil-kecil. sebenarnya kalau kita beri peluang akal fikiran kita berfikir di luar kotak biasa. kita akan menemui sesuatu yang baru dan segar. lebih dari hal-hal biasa yg saya fikir besar sebenarnya kecil bagi orang lain. sangat bermakna... terima kasih.
pada 21hb Disember 2010 pukul 9.01 ptg · Suka

Hasnul Saidon Sahabatku TSabri, mungkin anda terlupa baca 'bismillah' dan salawat sebelum tidur.
pada 22hb Disember 2010 pukul 4.05 pagi · Tidak suka · Seorang

Ahamad Fauzi Hassan ‎..atau mimpi itu sendiri yg tidak berbismillah & tidak berselawat...
pada 22hb Disember 2010 pukul 4.15 pagi · Suka

Tsabri Ibrahim har har har... saya lupa basuh kaki! Sejuk... sekarang musim hujan!
pada 22hb Disember 2010 pukul 6.49 pagi · Suka

Zainal Abidin Musa Padang Masyar?
pada 22hb Disember 2010 pukul 9.16 pagi · Suka

Taufik Abdullah Agaknya apa soalan pertama pada seorang pelukis di padang Masyar............nanti.....

No comments:

Post a Comment