'Proses menulis dan ilustrasi buku kanak-kanak: dari idea sehingga menjadi buku' oleh Yusof Gajah. Catatan ringkas dari Uneh
oleh Hasren Bin Hj Ismail pada pada 26hb April 2011 pukul 9.50 pagi
Tarikh: 25/4/11
Masa: 3 petang - 5 petang
Lokasi: Bilik Johor/Kedah PWTC, KL sempena Pesta Buku Antarabangsa 2011
Kehadiran: Lebih kurang 40 orang
IDEA.
Bermula kertas kosong. Jumlah helaian terbagi kepada 8 mukasurat (ms), 16 ms, 24 ms, 32 ms dan 48 ms. 8 ms untuk 1 tahun ke bawah. 16 ms jumlah perkataan 100 patah sahaja. 24 ms bawah 500 patah perkataan. 32 ms dan 48 ms banyak teks. Penerbit biasanya memilih 16 ms atau 24 ms kerana kos penerbitan. Kini penerbit suka terbitkan dalam bentuk siri.
Disaran untuk mengumpul katalog penerbit dan rujuk perkembangan semasa penerbitan.
Buku bergambar terlalu kurang di Malaysia. Penerbit berkata tidak menguntungkan.
Buku abjad banyak di pasaran contoh ABC tetapi tidak kreatif. Begitu juga flash card dan buku-buku aktiviti.
Pembayaran ada 2 jenis iaitu royalti dan outright.
Penulis dan penerbit perlu ada hitam putih atau kontrak.
Jika ada duit dan berkemampuan terbitkan sendiri. Faedah publisiti, pemasaran dan sebagainya jika menggunakan khidmat penerbit.
Disarankan sebelum menerbitkannya elok dibuat sesi bercerita dan membuat pengkajian atau pemerhatian (survey). Beri kanak-kanak gambar dan melihat reaksi dari kacamata kanak-kanak.
Elak mengharap atau bercita-cita terlalu tinggi (sambutan pembaca dan jualan). Minat adalah perkara utama.
BUKU YANG BOLEH DIJUAL.
Tiada pengkritik atau pengulas yang berkelibar yang memberi ulasan yang baik di dalam negara sehingga kini.
Buat buku dengan bahan-bahan cenderamata yang boleh dijual.
2 persoalan iaitu LAKU (TAPI BELUM TENTU BAIK) atau BAIK (BELUM TENTU LAKU). Terpulang kepada penulis/pelukis.
Yusof Gajah (YG) berpendapat buku seolah pingat yang dikurniakan. 1 buku seumpama 1 pingat. Jika ada 100 buku bermaksud ada 100 pingat tersemat di dada penulis tersebut.
Soal minat perkara utama dan perlu ada jangkaan masa (time frame). Alasan tiada masa boleh dipersoalkan. Jika dikaji rutin seharian ada 2 jam kita tidak tahu apa yang dilakukan.
Jika tidak pandai melukis lukis saja orang lidi atau menggunakan teknik kolaj dan berbagai lagi teknik yang boleh dipilih.
Terbaik jika penulis buku kanak-kanak menyukai dan boleh bergaul mesra dengan kanak-kanak.
KENAPA YUSOF GAJAH?
Di studio Anak Alam (kumpulan artis/pengkarya yang mula bergiat aktif seawal tahun 70an) terdapat 2 orang bernama Yusof dengan nama panggilan iaitu Yusof Wolkswagon dan Yusof Gajah. Ketika itu YG cuba-cuba menulis dan meletakkan nama Yusof Gajah. Setelah beberapa tahun YG berpendapat elok dijenamakan (branding) nama ini sebagaimana jenama Proton Saga. YG melihat perubahan masa sehingga santan juga ada penjenamaan (brand).
PENJENAMAAN (BRANDING)
YG melihat kelemahan seniman ialah tidak tahu mengurus.
Bakat adalah suatu aset. Sebenarnya setiap manusia ada lebih 100 kepakaran. YG mengambil contoh kemahiran mengumpat. Kemahiran ini berkembang sehingga kini ada segmen atau program tv yang menjurus kepada kemahiran begini (contoh Melodi TV3).
Setiap tahun diadakan pesta buku seperti Pesta Buku Antarabangsa dan sebagainya. YG berpendapat kos pelancaran atau pembukaan (opening) jika disalurkan atau diberi kepada para penulis adalah lebih baik.
SKETCH BOOK
YG suka tengok kartun dan banyak menghasilkan 'sketch book'. Baginya 'sketch book' amat penting dan beliau sudah ada ratusan buku sebegitu. Ia boleh mencatat segala idea dan sebagainya tidak kira di mana berada dan masa. Dirasakan sesiapa hendak menyertai bengkel sebegini wajib memenuhkan dahulu buku tersebut sebelum dibenarkan masuk.
ULASAN DARI SOALAN PESERTA
Kegagalan sebenarnya boleh membuat kita lebih maju ke hadapan. Usaha dan terus berkarya amat penting. Seolah-olah penulis terkena loteri jika sebuah buku sahaja (dari puluhan buku yang dibuat) jika diangkat menjadi popular atau diminati ramai terus menjadi sebutan sepanjang zaman.
Menuntut suatu disiplin untuk berjaya. Disarankan mula dengan apa yang kita minat dan lebih baik buat sendiri.
Perlu: SKETCH BOOK; kumpul KATALOG (penerbit buku); RAJIN melukis; DISIPLIN; cari KELAINAN (di luar pemikiran biasa).
Tamat sekitar jam 5 petang dan peserta diperlihatkan sebahagian bahan-bahan atau karya buku YG yang dibawanya seawal penglibatan beliau dari dahulu hingga kini.
Bagi Uneh ringkas dan santai tetapi memberi inspirasi.
TEMPAT simpan isi perbincangan dalam ruang seni secara ilmiah, kritis dan menyumbang.
Monday, April 25, 2011
Friday, April 15, 2011
SUBJECT, FORM DAN CONTENT oleh Hassan Mohd Ghazali
SUBJECT, FORM AND CONTENT
Kali ini saya suka untuk berbincang dalam 'Forum Sosial' ini mengenai tajuk yang tidak asing bagi seniman, pengiat seni, pendokong seni dan pendidik seni iaitu: Subject, Form dan Content'. Dalam Forum 'Art Geng' seorang sahabat telah mengemukakan topik ini dan banyak pendapat dikeluarkan dikalangan postting yangb ada. Sungguh menarik!... Bagi saya, kita semua yang terlibat dengan bidang SENI VISUAL secara langsung akan terjun dan lalui persoalan konsep dan teori seni. Konsep ini sangat penting agar Seni Visual terus kekal sebagai bidang yang masih mengekalkan Domain aspek Kognitif, Psikomotor dan Afektif. Sesungguhnya apapun karya yang dihasilkan tidak terlepas dari komentar sosial yang akan membuahkan tanggapan umum.
Persoalannya persepsi mata (visual) dalam menerjah bentuk karya itu perlu ditangani dengan titipan akdemik. Bodohlah kalau pengkarya seni itu tidak langsung pedulikan persoalan teori lantas ia berkata bahawa yang membantu karyanya berjaya ialah ketrampilannya. Saya tertarik dengan kata-kata seorang pelukis Agung Publo Picasso, kalau kita baca riwayatnya seorang pelukis yang sangat panjang umurnya (beliau meninggal dalam usia 92 tahun), beliau menyatakan: " Everyone wants to understand art. Why not try to understand the songs of a bird? Why does one live the night, flowers, everything around one, without trying to understand them? But in the case of a painting people have to understand. If only they would realize above all that an artist works of necessity, that he himself is only a trifling bit of the world, and that no more importance should be attached to him than to plenty of other things which please us in the world, though we can't explain them. People who try to explain pictures are usually barking up the wrong tree.... "
Kutipan kenyataan di atas betapa beliau sangat pentingkan perbahasan tentang seni visual. Seniman agung di barat sangat mementingkan aspek teori dalam seni, ternyata sejak Plato menyatakan tentang 'Mimesis' dalam Repablik X, perbahasan ahli-ahli terori seni terus menular hingga kehari ini. Kelangsungan inilah yang menggerakkan Seni Visual ini terus hidup dan menjadinya sebagai bidang akdemik dikaji,diajar dan dihayati di sekolah hingga ke Universiti. Intipati Seni Visual perlu dihayati oleh penggerak Seni Visual, justru itu kita perlu memahami tiga tunjang penting dalam penghasilan sebuah karya seni visual iaitu Subjek (Hal Benda), Form (Bentuk Seni) dan Content (Kandungan). Tunjangan ini merupakan intipati utama yang perlu dihayati oleh kita. Subject - Hal Benda Dalam buku Art Fundamentals edisi 10 menyatakan ' A subject is a person, a thing, or an idea...'. Pelukis atau pengkarya akan mencari 'subject' sebagai bahan utama untuk melukis atau berkarya. Tentunya bermula dengan pemikiran dan idea. Secara langsung pemikiran untuk menghasilkan karya itu datang dari pengalaman, pembacaan atau pun isu.
Saya juga tertarik dengan pandangan -penulis Stewart M dalam bukunya bertajuk Laucing the Imagination menyatakan ' The most effective compositions present a unified visualization of an idea or emotion..', Kenyataanya tentang emosi adalah perkataan yang 'keramat' bagi pelukis dan pengkarya. Pada umumnya bagaimana Subjek dapat hadir dalam karya pengkarya itu adalah tanggungjawab pengkarya itu sendiri. Bagaimana pengkarya itu mengolah subjek itu terpulang samada dalam gaya penampilan Naturalisme, Realism, Semiabstrak atau pun Abstrak. Form - Bentuk Menurut dalam buku Art Fundamentals edisi 10, ' If subject matter is the what in a work of art, form is the how..' Bagaimana karya itu diolah dalam kondisi estetik. Olahan itu melibatkan Bahan dan Teknik namun tidak lupa segala-gala gubahan itu bermula dari Asas Seni Reka iaitu kesatuan dalam sebuah karya seni visual adalah merupakan olahan permasalah Ruang. Penentuan olahan ini bermula dari Prinsip rekaan yang berlangsung melalui olahan samada ianya harmoni atau kepelbagaian melalui elemen garisan, rupa, jalinan, nilai dan warna. Content - Kandungan Secara umumnya content ini adalah apa yang ada dalam karya seni visual tersebut. Sekalilagi saya petik dalam buku Art Fundamentals edisi 10 supaya kita tidak meragui konsep content, menurut buku tersebut, 'Content comes close to being the why of a work of art in that it includes what we might consider the reasons behind its appearance. Content implies subject matter but is a much bigger concept. Content contains the idea, the cultural and artistic contexts, and the meaning of a work of art...' wah, panjang sikit petikan itu... kandungan meliputi alasan-alasan sebab yang tersurat dan tersirat dalam karya itu. Persoalan kebudayaan, Kemasyarakatan, isu-isu semasa dan sebagainya... secara umumnya adalah penampilan secara emosi dan intelektual pengkarya. Panjang juga saya nak berkongsi hal ini namun dalam buku yang saya hasilkan apa yang dinyatakan di atas akan lebih tersurat dengan contoh-contoh karya. Kepada yang membaca Nota saya ini boleh lah berkongsi dan berbincang agar kita dapat memeriahkan dunia seni visual yang kita terokai ini.
Oleh: Hassan Mohd Ghazali
http://www.facebook.com/notes/hassan-mohd-ghazali/subject-form-and-content/164408040284742

Wednesday, April 13, 2011
subjek, form dan konten
KRAF & SENI HALUS
Nizar Sulaiman
subject, form, and content
pada hari Ahad • Suka • • Unsubscribe
•
• Siti Aminah Abdullah, Rs Iena D'izmans, Fai Zakaria dan 3 yang lain suka ini
•
o
Norazlan Ahmad cuba cari dalam karya seni Melayu... dalam ukiran kayu misalnya.. ada tak di dalamnya subject, form dan content dan kemudian fikir kenapa harus diletakkannya di bawah kategori kraf bukan fine art.
Isnin pada pukul 1.33 pagi • Suka
o
Nizar Sulaiman sebenarnya. ader subject, ader form, ader content,
Isnin pada pukul 1.36 pagi • Suka
o
Norazlan Ahmad oleh itu, mengapa?
Isnin pada pukul 1.37 pagi • Suka
o
Nizar Sulaiman subject , tumbuhan, form ukiran yang melingkar, manakala content ia adalah "tumbuh berpunca, punca penuh rahsia, tajam tidak menikam lawan, memaut tidak merebah kawan, tapi melingkar penuh mesra"
Isnin pada pukul 1.44 pagi • Tidak suka • 2 orang
o
Nizar Sulaiman pendapat merasa kerana masyarakat memandang ukiran ini satu kraft ...kerana tidak nampak akan subject,form, dan content, jadi ukiran terletak dalam kraft,,, atas dasar presepsi masayrakat
Isnin pada pukul 1.46 pagi • Suka • Seorang
o
Norazlan Ahmad oleh itu perasan tak hakikatnya orang melayu dulu-dulu juga hebat melukis. sebelum mengukir tentunya melukis dan melakar dan tentu ada rujukan karyanya. Orang dulu dulu melukis atas papan batu kemudian melakar atas kayu menggunakan arang. tapi yang paling hebat contentnya. isme abstraknya dah mendahului isme barat dan tidak dipengaruhi mereka... suci dan tulin. karyanya islamik dan tidak hanya terikat dengan kufi atau motif-motif islamik seperti masjid semata-mata.
Isnin pada pukul 1.52 pagi • Tidak suka • 2 orang
o
Norazlan Ahmad kekuatan islamiknya pada contentnya bukan hanya pada subject walaupun mereka berpegang prinsip tidak melukis figura dan fauna.
Isnin pada pukul 1.57 pagi • Tidak suka • Seorang
o
Nizar Sulaiman bermakna dalam nilai keindahan,kegunaan, kehalusan, menjadikan karya yang berguna dan tidak sia-sia...seperti apa yang dituntut islam..... tapi pandangan masyarakat meletak ukiran sebagai kraft..tidak membawa ia jauh sebagai satu identiti seni kita..tapi sebagai identiti bahan zaman dahulu...
Isnin pada pukul 2.05 pagi • Tidak suka • 2 orang
o
Norazlan Ahmad tidak membawa ia jauh sebagai satu identiti seni kita..tapi sebagai identiti bahan zaman dahulu.. setuju tentang ini... mengapa adalah kerana ianya karya warisan lama maka diletak sebagai kraf dan bukan fine art sehingga nilainya rendah. kalau faktor masa lebih baik karya monalisa juga ditakrif sebagai kraf. ianya kerja tangan jugakan.
Isnin pada pukul 2.14 pagi • Tidak suka • 2 orang
o
Pelita Hati bersetuju dengan pendapat dan pandangan en nizar: pandangan masyarakat meletak ukiran sebagai kraf. Oleh itu satu usaha perlu di buat bagi mengubah persepsi/pandangan masyarakat-dari barangan kraf kepada satu hasil karya seni.
Isnin pada pukul 9.05 pagi • Tidak suka • 4 orang
o
Hassan Mohd Ghazali
Sebenarnya pandangan ini telah dibahaskan oleh Ahli Teori Seni Collingwood yang banyak mengemukakan pandangannya tentang seni Halus dan Kraf, sebelum itu Ahli teori lain banyak menyatakan tentang Seni Halus semata-mata. Persoalannya masyarakat telah menggagap Kraf adalah seni gunaan dan ada juga berpendapat sebagai hiasan semata-mata. Persoalan di mana hendak menentukan kedudukan Kraf adalah banyak bergantung kepada rekaan kraf itu sendiri... kalau masih mengikut tradisional tentunya untuk berfungsi dalam kehidupan harian. Kalau produk kraf dijadikan hasil seni yang menampakkan suatu eksprorasi yang kreatif ia dapat diketangahkan sebagai seni reka bentuk indusrti.
Isnin pada pukul 2.20 ptg • Tidak suka • 2 orang
o
Nizar Sulaiman penghayatan seni kraf dan seni halus..agak berbeza... tentang motif keguanaan atau penghasilan ia...masih samar dalam pandangan tau persepsi masyarakat
Isnin pada pukul 6.39 ptg • Suka
o
Pelita Hati En Hassan: Adakah bermakna pengkarya/pengukir kita kurang kreatif?Atau mereka sukar untuk membuat perubahan bagi membolehkan seni mereka relevant dengan perkembangan dunia seni semasa?
Isnin pada pukul 6.40 ptg • Suka
o
Hassan Mohd Ghazali Sebenarnya semua pengkarya dalam kraf boleh mengikut perubahan semasa. Bergantung pada 'design' dan sejauh mana pandai tukang boleh mengadaptasikan motif dan bentuk karya dalam situasi semasa. Disamping itu hala tuju karya tersebut... samada dikategori dalam reka bentuk industri, fine art atau kraf semata-mata (mengekalkan Tradisional). Saya juga tak faham mengapa kerajaan habis berjuta-juta wang untuk pameran kraf? setiap tahun sama sahaja hasil produk... tanpa enovasi baru....
Isnin pada pukul 7.01 ptg • Tidak suka • 3 orang
o
Pelita Hati Berkemungkinan besar pihak kerjaan pun kurang arif tentang semua ini...
Isnin pada pukul 7.04 ptg • Tidak suka • Seorang
o
Anne Dean herm.. mcm kenal.. ini olang
Isnin pada pukul 7.56 ptg • Suka • Seorang
o
Norazlan Ahmad patut mereka minta nasihat pada yang arif... sayangnya permata dipandang kaca....
Isnin pada pukul 9.03 ptg • Tidak suka • Seorang
o
Padri Jamaluddin Kita biar kan kraf berjalan dgn krafnya dan pelukis berjalan dgn kretifnya .akan tetapi luikisan yg diulangi berkali kali pembutanya itu pun secara automatic menjadi kraf .karia yg murni itu adalah baru kreatifnya dan untuk satu kali saja,melainkan seris.yg berlainan tiap urutannya.
Isnin pada pukul 10.12 ptg • Suka
o
Nizar Sulaiman bermakan sesuatu karya yang mempunyai nilai keunikan ia yang membezakan ia dengan kraf...??
11 jam yang lalu • Suka
o
Zeck Uzaini Kalau tak silap saya...kraf adalah suatu peringkat yang lebih rendah daripada pertukangan kalau mengikut fundamental barat, mereka melabelkannya sebagai "Low Art".. sebaliknya karya2 seperti catan, arca dan lukisan abstrak pula dilabel sebagai "High Art"... jika diperhatikan kembali, hasilan kraf yang ada di negara kita seperti tikar mengkuang, tudung saji, ukiran kerawang dan sebagainya adalah suatu bentuk karya yang rumit dan tak mungkin boleh dibuat tanpa latihan dan kefahaman tinggi. namun sebaliknya, kebanyakan lukisan abstrak yang kadangkala begitu ringkas dan mudah, senang saja dilabelkan sebagai "Hi Art". perbezaan ini sepatutnya tidak perlu ada kerana setiap bangsa di setiap pelusuk dunia punyai bentuk hasilan seni mereka tersendiri... jadi pada pendapat saya, apa yang perlu kita nilai dalam "subject, form & content" ialah sejauhmana sesuatu karya itu dapat memberi faham kepada yang melihatnya tidak kira dalam apa jua bentuk. (e.g. Falsafah, pengetahuan seni, propaganda, dsbgnya). pendek kata... "Content" tidak akan dapat difahami jika "Form" tidak menunjukkan "Subjek"...
8 jam yang lalu • Suka • Seorang
o
Padri Jamaluddin nantilah sambung topik ini di tempat yg mungin lebih sesuai buat sementara mari kita saling salah menjalahkan .yg lebih penting kita diri apa lagi yg harus di sumbangkan untuk kemajuan .hari ini sebenarnya kita telah menerima nikmat perjuangan orang sebelum kita dalam masa yg sama kita ada didalamnya,
4 jam yang lalu • Suka
o
Abdulmajid Hjyahya Ada fakta logik, Sambung diskusi ini, rancang satu resolusi, debatkan antara pengiat, pemikir, pelaksana
3 minit yang lalu • Suka
o
Abdulmajid Hjyahya Satu pertanggungjawaban yg harus di galas
Subscribe to:
Posts (Atom)