'Proses menulis dan ilustrasi buku kanak-kanak: dari idea sehingga menjadi buku' oleh Yusof Gajah. Catatan ringkas dari Uneh
oleh Hasren Bin Hj Ismail pada pada 26hb April 2011 pukul 9.50 pagi
Tarikh: 25/4/11
Masa: 3 petang - 5 petang
Lokasi: Bilik Johor/Kedah PWTC, KL sempena Pesta Buku Antarabangsa 2011
Kehadiran: Lebih kurang 40 orang
IDEA.
Bermula kertas kosong. Jumlah helaian terbagi kepada 8 mukasurat (ms), 16 ms, 24 ms, 32 ms dan 48 ms. 8 ms untuk 1 tahun ke bawah. 16 ms jumlah perkataan 100 patah sahaja. 24 ms bawah 500 patah perkataan. 32 ms dan 48 ms banyak teks. Penerbit biasanya memilih 16 ms atau 24 ms kerana kos penerbitan. Kini penerbit suka terbitkan dalam bentuk siri.
Disaran untuk mengumpul katalog penerbit dan rujuk perkembangan semasa penerbitan.
Buku bergambar terlalu kurang di Malaysia. Penerbit berkata tidak menguntungkan.
Buku abjad banyak di pasaran contoh ABC tetapi tidak kreatif. Begitu juga flash card dan buku-buku aktiviti.
Pembayaran ada 2 jenis iaitu royalti dan outright.
Penulis dan penerbit perlu ada hitam putih atau kontrak.
Jika ada duit dan berkemampuan terbitkan sendiri. Faedah publisiti, pemasaran dan sebagainya jika menggunakan khidmat penerbit.
Disarankan sebelum menerbitkannya elok dibuat sesi bercerita dan membuat pengkajian atau pemerhatian (survey). Beri kanak-kanak gambar dan melihat reaksi dari kacamata kanak-kanak.
Elak mengharap atau bercita-cita terlalu tinggi (sambutan pembaca dan jualan). Minat adalah perkara utama.
BUKU YANG BOLEH DIJUAL.
Tiada pengkritik atau pengulas yang berkelibar yang memberi ulasan yang baik di dalam negara sehingga kini.
Buat buku dengan bahan-bahan cenderamata yang boleh dijual.
2 persoalan iaitu LAKU (TAPI BELUM TENTU BAIK) atau BAIK (BELUM TENTU LAKU). Terpulang kepada penulis/pelukis.
Yusof Gajah (YG) berpendapat buku seolah pingat yang dikurniakan. 1 buku seumpama 1 pingat. Jika ada 100 buku bermaksud ada 100 pingat tersemat di dada penulis tersebut.
Soal minat perkara utama dan perlu ada jangkaan masa (time frame). Alasan tiada masa boleh dipersoalkan. Jika dikaji rutin seharian ada 2 jam kita tidak tahu apa yang dilakukan.
Jika tidak pandai melukis lukis saja orang lidi atau menggunakan teknik kolaj dan berbagai lagi teknik yang boleh dipilih.
Terbaik jika penulis buku kanak-kanak menyukai dan boleh bergaul mesra dengan kanak-kanak.
KENAPA YUSOF GAJAH?
Di studio Anak Alam (kumpulan artis/pengkarya yang mula bergiat aktif seawal tahun 70an) terdapat 2 orang bernama Yusof dengan nama panggilan iaitu Yusof Wolkswagon dan Yusof Gajah. Ketika itu YG cuba-cuba menulis dan meletakkan nama Yusof Gajah. Setelah beberapa tahun YG berpendapat elok dijenamakan (branding) nama ini sebagaimana jenama Proton Saga. YG melihat perubahan masa sehingga santan juga ada penjenamaan (brand).
PENJENAMAAN (BRANDING)
YG melihat kelemahan seniman ialah tidak tahu mengurus.
Bakat adalah suatu aset. Sebenarnya setiap manusia ada lebih 100 kepakaran. YG mengambil contoh kemahiran mengumpat. Kemahiran ini berkembang sehingga kini ada segmen atau program tv yang menjurus kepada kemahiran begini (contoh Melodi TV3).
Setiap tahun diadakan pesta buku seperti Pesta Buku Antarabangsa dan sebagainya. YG berpendapat kos pelancaran atau pembukaan (opening) jika disalurkan atau diberi kepada para penulis adalah lebih baik.
SKETCH BOOK
YG suka tengok kartun dan banyak menghasilkan 'sketch book'. Baginya 'sketch book' amat penting dan beliau sudah ada ratusan buku sebegitu. Ia boleh mencatat segala idea dan sebagainya tidak kira di mana berada dan masa. Dirasakan sesiapa hendak menyertai bengkel sebegini wajib memenuhkan dahulu buku tersebut sebelum dibenarkan masuk.
ULASAN DARI SOALAN PESERTA
Kegagalan sebenarnya boleh membuat kita lebih maju ke hadapan. Usaha dan terus berkarya amat penting. Seolah-olah penulis terkena loteri jika sebuah buku sahaja (dari puluhan buku yang dibuat) jika diangkat menjadi popular atau diminati ramai terus menjadi sebutan sepanjang zaman.
Menuntut suatu disiplin untuk berjaya. Disarankan mula dengan apa yang kita minat dan lebih baik buat sendiri.
Perlu: SKETCH BOOK; kumpul KATALOG (penerbit buku); RAJIN melukis; DISIPLIN; cari KELAINAN (di luar pemikiran biasa).
Tamat sekitar jam 5 petang dan peserta diperlihatkan sebahagian bahan-bahan atau karya buku YG yang dibawanya seawal penglibatan beliau dari dahulu hingga kini.
Bagi Uneh ringkas dan santai tetapi memberi inspirasi.
No comments:
Post a Comment