Wednesday, April 13, 2011

subjek, form dan konten




KRAF & SENI HALUS
Nizar Sulaiman
subject, form, and content
pada hari Ahad • Suka • • Unsubscribe

• Siti Aminah Abdullah, Rs Iena D'izmans, Fai Zakaria dan 3 yang lain suka ini

o
Norazlan Ahmad cuba cari dalam karya seni Melayu... dalam ukiran kayu misalnya.. ada tak di dalamnya subject, form dan content dan kemudian fikir kenapa harus diletakkannya di bawah kategori kraf bukan fine art.
Isnin pada pukul 1.33 pagi • Suka
o
Nizar Sulaiman sebenarnya. ader subject, ader form, ader content,
Isnin pada pukul 1.36 pagi • Suka
o
Norazlan Ahmad oleh itu, mengapa?
Isnin pada pukul 1.37 pagi • Suka
o
Nizar Sulaiman subject , tumbuhan, form ukiran yang melingkar, manakala content ia adalah "tumbuh berpunca, punca penuh rahsia, tajam tidak menikam lawan, memaut tidak merebah kawan, tapi melingkar penuh mesra"
Isnin pada pukul 1.44 pagi • Tidak suka • 2 orang
o
Nizar Sulaiman pendapat merasa kerana masyarakat memandang ukiran ini satu kraft ...kerana tidak nampak akan subject,form, dan content, jadi ukiran terletak dalam kraft,,, atas dasar presepsi masayrakat
Isnin pada pukul 1.46 pagi • Suka • Seorang
o
Norazlan Ahmad oleh itu perasan tak hakikatnya orang melayu dulu-dulu juga hebat melukis. sebelum mengukir tentunya melukis dan melakar dan tentu ada rujukan karyanya. Orang dulu dulu melukis atas papan batu kemudian melakar atas kayu menggunakan arang. tapi yang paling hebat contentnya. isme abstraknya dah mendahului isme barat dan tidak dipengaruhi mereka... suci dan tulin. karyanya islamik dan tidak hanya terikat dengan kufi atau motif-motif islamik seperti masjid semata-mata.
Isnin pada pukul 1.52 pagi • Tidak suka • 2 orang
o
Norazlan Ahmad kekuatan islamiknya pada contentnya bukan hanya pada subject walaupun mereka berpegang prinsip tidak melukis figura dan fauna.
Isnin pada pukul 1.57 pagi • Tidak suka • Seorang
o
Nizar Sulaiman bermakna dalam nilai keindahan,kegunaan, kehalusan, menjadikan karya yang berguna dan tidak sia-sia...seperti apa yang dituntut islam..... tapi pandangan masyarakat meletak ukiran sebagai kraft..tidak membawa ia jauh sebagai satu identiti seni kita..tapi sebagai identiti bahan zaman dahulu...
Isnin pada pukul 2.05 pagi • Tidak suka • 2 orang
o
Norazlan Ahmad tidak membawa ia jauh sebagai satu identiti seni kita..tapi sebagai identiti bahan zaman dahulu.. setuju tentang ini... mengapa adalah kerana ianya karya warisan lama maka diletak sebagai kraf dan bukan fine art sehingga nilainya rendah. kalau faktor masa lebih baik karya monalisa juga ditakrif sebagai kraf. ianya kerja tangan jugakan.
Isnin pada pukul 2.14 pagi • Tidak suka • 2 orang
o
Pelita Hati bersetuju dengan pendapat dan pandangan en nizar: pandangan masyarakat meletak ukiran sebagai kraf. Oleh itu satu usaha perlu di buat bagi mengubah persepsi/pandangan masyarakat-dari barangan kraf kepada satu hasil karya seni.
Isnin pada pukul 9.05 pagi • Tidak suka • 4 orang
o
Hassan Mohd Ghazali
Sebenarnya pandangan ini telah dibahaskan oleh Ahli Teori Seni Collingwood yang banyak mengemukakan pandangannya tentang seni Halus dan Kraf, sebelum itu Ahli teori lain banyak menyatakan tentang Seni Halus semata-mata. Persoalannya masyarakat telah menggagap Kraf adalah seni gunaan dan ada juga berpendapat sebagai hiasan semata-mata. Persoalan di mana hendak menentukan kedudukan Kraf adalah banyak bergantung kepada rekaan kraf itu sendiri... kalau masih mengikut tradisional tentunya untuk berfungsi dalam kehidupan harian. Kalau produk kraf dijadikan hasil seni yang menampakkan suatu eksprorasi yang kreatif ia dapat diketangahkan sebagai seni reka bentuk indusrti.
Isnin pada pukul 2.20 ptg • Tidak suka • 2 orang
o
Nizar Sulaiman penghayatan seni kraf dan seni halus..agak berbeza... tentang motif keguanaan atau penghasilan ia...masih samar dalam pandangan tau persepsi masyarakat
Isnin pada pukul 6.39 ptg • Suka
o
Pelita Hati En Hassan: Adakah bermakna pengkarya/pengukir kita kurang kreatif?Atau mereka sukar untuk membuat perubahan bagi membolehkan seni mereka relevant dengan perkembangan dunia seni semasa?
Isnin pada pukul 6.40 ptg • Suka
o
Hassan Mohd Ghazali Sebenarnya semua pengkarya dalam kraf boleh mengikut perubahan semasa. Bergantung pada 'design' dan sejauh mana pandai tukang boleh mengadaptasikan motif dan bentuk karya dalam situasi semasa. Disamping itu hala tuju karya tersebut... samada dikategori dalam reka bentuk industri, fine art atau kraf semata-mata (mengekalkan Tradisional). Saya juga tak faham mengapa kerajaan habis berjuta-juta wang untuk pameran kraf? setiap tahun sama sahaja hasil produk... tanpa enovasi baru....
Isnin pada pukul 7.01 ptg • Tidak suka • 3 orang
o
Pelita Hati Berkemungkinan besar pihak kerjaan pun kurang arif tentang semua ini...
Isnin pada pukul 7.04 ptg • Tidak suka • Seorang
o
Anne Dean herm.. mcm kenal.. ini olang
Isnin pada pukul 7.56 ptg • Suka • Seorang
o
Norazlan Ahmad patut mereka minta nasihat pada yang arif... sayangnya permata dipandang kaca....
Isnin pada pukul 9.03 ptg • Tidak suka • Seorang
o
Padri Jamaluddin Kita biar kan kraf berjalan dgn krafnya dan pelukis berjalan dgn kretifnya .akan tetapi luikisan yg diulangi berkali kali pembutanya itu pun secara automatic menjadi kraf .karia yg murni itu adalah baru kreatifnya dan untuk satu kali saja,melainkan seris.yg berlainan tiap urutannya.
Isnin pada pukul 10.12 ptg • Suka
o
Nizar Sulaiman bermakan sesuatu karya yang mempunyai nilai keunikan ia yang membezakan ia dengan kraf...??
11 jam yang lalu • Suka
o
Zeck Uzaini Kalau tak silap saya...kraf adalah suatu peringkat yang lebih rendah daripada pertukangan kalau mengikut fundamental barat, mereka melabelkannya sebagai "Low Art".. sebaliknya karya2 seperti catan, arca dan lukisan abstrak pula dilabel sebagai "High Art"... jika diperhatikan kembali, hasilan kraf yang ada di negara kita seperti tikar mengkuang, tudung saji, ukiran kerawang dan sebagainya adalah suatu bentuk karya yang rumit dan tak mungkin boleh dibuat tanpa latihan dan kefahaman tinggi. namun sebaliknya, kebanyakan lukisan abstrak yang kadangkala begitu ringkas dan mudah, senang saja dilabelkan sebagai "Hi Art". perbezaan ini sepatutnya tidak perlu ada kerana setiap bangsa di setiap pelusuk dunia punyai bentuk hasilan seni mereka tersendiri... jadi pada pendapat saya, apa yang perlu kita nilai dalam "subject, form & content" ialah sejauhmana sesuatu karya itu dapat memberi faham kepada yang melihatnya tidak kira dalam apa jua bentuk. (e.g. Falsafah, pengetahuan seni, propaganda, dsbgnya). pendek kata... "Content" tidak akan dapat difahami jika "Form" tidak menunjukkan "Subjek"...
8 jam yang lalu • Suka • Seorang
o
Padri Jamaluddin nantilah sambung topik ini di tempat yg mungin lebih sesuai buat sementara mari kita saling salah menjalahkan .yg lebih penting kita diri apa lagi yg harus di sumbangkan untuk kemajuan .hari ini sebenarnya kita telah menerima nikmat perjuangan orang sebelum kita dalam masa yg sama kita ada didalamnya,
4 jam yang lalu • Suka
o
Abdulmajid Hjyahya Ada fakta logik, Sambung diskusi ini, rancang satu resolusi, debatkan antara pengiat, pemikir, pelaksana
3 minit yang lalu • Suka
o
Abdulmajid Hjyahya Satu pertanggungjawaban yg harus di galas

No comments:

Post a Comment