TEMPAT simpan isi perbincangan dalam ruang seni secara ilmiah, kritis dan menyumbang.
Wednesday, June 22, 2011
Sekadar suatu perbincangan khusus untuk Guru-guru PSV, SV dan Guru Pelatih.....
Saya mendapati terdapat beberapa dikalangan guru-guru yang mengajar pendidikan seni visual (PSV) dan seni Visual (SV)di sekolah tidak memahami keperluan kurikulum PSV dan huraian sukatan pelajaran (HSP) yang telah dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Kurikulum (dulunya PPK). Di sini saya ingin berkongsi kepada guru-guru dan guru pelatih saya yang sekarang sedang menjalani latihan mengajar dalam bidang pendidikan seni visual di sekolah-sekolah. Beberapa perkara yang saya ingin bincangkan yang perlu guru-guru (termasuk guru pelatih) sewajarnya prihatin dengan apa yang saya perkatakan. (Apa yang saya kemukakan perkara ini saya tidak melibatkan guru-guru bukan opsyen). 1. BILIK/STUDIO PSV Beberapa negeri yang saya hadir sepanjang menyelia praktikum mendapati terdapat segelintir guru panitia PSV tidak mengambil berat kepentingan Bilik Seni/ Studio Seni/ Anjung Seni dsb... yang telah disediakan oleh pihak sekolah. Bilik seni ini adalah pusat sehenti untuk PSV dan SV. Maksudnya Bilik ini adalah martabat mata pelajarannya PSV/ SV. Kalau guru seni sendiri tidak jaga dan keindahan bilik seni. Guru di bidang lain memang mengatakan guru PSV ini ‘lekeh’. Bilik PSV adalah menjadi nadi kepada kita, dan sepanjang tinjauan saya... Sekiranya bilik PSV menarik guru PSV juga seorang yang berjaya dalam mata pelajaran PSV dari segi pengurusan dan P &P. 2. RANCANGAN TAHUNAN Guru panitia harus memastikan rancangan tahunan mengikut Huraian Sukatan Pelajaran bukannya mengikut buku rujukan yang dijual... (Kebanyakan buku rujukan tidak mengikut huraian sukatan). Tingkatan satu rancangan tahunan pengajaran Asas seni reka , Penghasilan karya dan Apresiasi. Tumpuan adalah pengajaran Asas Seni reka. Tingkatan dua dan tiga adalah pengajaran Seni Halus, Grafik dan Kraf Tradisional di integrasikan dengan Asas Seni Reka. Malangnya apabila melihat rancangan tahunan tingkatan 2 dan 3 diulang semula pelajaran Asas seni reka seperti berlaku di tingkatan 1. Masalahnya pelajaran ini menjadi ‘membosankan’, tidak ada peningkatan. Seharusnya pengajaran Lukisan dikaitkan dengan garisan... misalnya menggunakan kualiti garisan untuk menghasilkan sebuah lukisan.... pelajaran catan mengaplikasikan warna sejuk dan sebagainya..... 3. PENGAJARAN ASAS SENI REKA (KHUSUS TINGATAN 1) Ramai di kalangan guru-guru tidak memahami mengajar Asas Seni Reka. Berdasarkan pemerhatian saya, ramai yang mengajar Garisan... guru akan mengajar jenis-jenis garisan minta pelajar buat garisan tegak, garisan melengkung dan sebagainya (termasuk garisan berbulu yang sepatutnya tidak ada...) Mengajar warna buat Roda Warna dan pelajar diminta warnakan dalam roda warna... Belajar Kontra murid melukis kontra bentuk, kontra warna, kontra saiz dan lain-lain macam dalam buku rujukan. Ini yang masalah... sepatutnya apabila mengajar warna asas guru akan menerangkan warna asas dan aktivitinya menghasilkan sebuah karya yang menggunakan warna asas misalnya membuat catan, poster atau corak.... Dalam buku adalah sebagai rujukan dan guideline sahaja... banyak masalah yang saya rasakan siapa yang patut disalahkan perkara ini berlaku..... Banyak lagi saya ingin bincangkan dalam ruangan ini... kita yang terlibat dengan PSV dan Sv sama-sama memikir dan membuat respons perkara ini....
Oleh: Hassan Mohd Ghazali
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment